Resipi kuih lompang atau kaswi

Ramai tanya resipi kuih lompang. Nama lain kuih lompang, ada orang panggil kuih kaswi dan seangkatan. Ada warna warni sebenar nya tapi nak senang buah warna coklat ni je. Ada orang cakap ni kuih untuk orang pantang je. haaa ye la tapi sedap kot. heheh aku suka sangat. Biasa kalau balik kelantan mesti cari sebab susah jumpa dekat sini. Ada satu kedai je aku jumpa yang sedap tapi bukan boleh beli selalu sebab jauh. So entah macam mana aku terfikir nak cuba buat sendiri. Kalau google banyak sangat edisi resipi kuih lompang ni. Aku share ikut resipi yang aku guna je tau.

Resipi Kuih Lompang


Kalau kuih lompang ni, aku suka rasa macam kenyal-kenyal sikit sebab ada yang rasa lembut kan. Tapi aku prefer jenis kenyal. So resipi ni memang rasa kenyal, tak lembik sangat dan kurang manis. Okay ni selera aku tau.


Bahan-bahan kuih lompang


Benda paling utama perlu ada adalah tempat pengukus dan acuan lompang. Masa aku excited nak buat kuih ni sampai aku lupa bekas kuih dengan pengukus tu macam mana sebab aku bayang pengukus periuk besi tu. Then baru teringat aku ada steam it tupperware ni pun boleh guna so selesai satu masalah dan hanya perlu cari acuan kuih lompang tu je. 12 acuan tak sampai RM5 kalau tak silap. Ada saiz kecil dan besar so aku pilih yang kecil. Okay boleh sambung.


1) Tepung beras - 2 setengah cawan
2) Tepung ubi - 1/2 cawan
3) Tepung jagung - 2 sudu besar
4) Kapur masakan (bekas hitam) - 1sudu kecil air kapur
5) Gula merah/melaka - 1 ketul/1cawan
6) Air - 3 cawan
7) Kelapa parut minta nak yang putih saja
8) Garam




Cara - cara masak kuih lompang


1) Masak gula merah atau gula melaka bersama air. Sebab sukatan 1 cawan air maka aku guna 1 cawan air untuk masak gula melaka ni. Dah masak boleh tapis dan ketepikan dulu.

2) Dalam satu bekas lain campurkan tepung beras, tepung ubi, tepung jagung , air kapur, 2 cawan air dan air gula melaka tadi. Dan gaul sebati. Tekstur bahan ni cair sikit dan tak pekat sangat.

3) Panaskan pengukus bersama acuan, mama aku pesan panaskan dulu supaya tak melekat adunan tu.



4) Masukan adunan yang digaul sebati tadi kedalam acuan macam dibawah.


5) Kukus selama 20 minit atau tengok la keadaan kuih tu. Aku ni jenis tak sabar, kejap-kejap aku buka sebab risau tak jadi. Bila buka ada lekuk tu memang excited sangat. hahah


6) Bila dah masak keluarkan dah rendam bekas tu dalam air biasa macam gambar bawah supaya senang nak keluarkan dari acuan. Aku tak sapu minyak pun bekas tu tapi senang je keluarkan. Bukan rendam sekali kuih just separuh bekas tu untuk sejukan. Faham? hehe


7) Dah keluarkan boleh letak kelapa parut tu. Oh lupa nak pesan. Kelapa parut tu digaul dulu dengan garam secukupnya dan kukus dulu. Ini untuk bagi kelapa tu tahan lama dan tak cepat basi. Kalau korang tak sabar nak terus makan boleh je terus letak kelapa tanpa kukus.



Next time aku nak cuba resipi lain juga la. Aku guna resipi yang aku google dan mix & match je ni. Sebab ada orang tak letak tepung jagung. Bahan banyak lagi boleh cuba. Nanti aku update versi lain pula. Sekarang tengah semangat masuk dapur. Segala masakan dan kuih nak buat. hahahha. So bertabah la kalau nampak post masakan je. hihihi

3 comments

  1. alahai sedapnya.. dua dua kuih fav mama

    ReplyDelete
  2. Jemput singgah :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/11/tips-muka-berseri-tanpa-mekap-makeup.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...