Mencari lokasi dan pakej kahwin di Putrajaya

Amboi bukan main tajuk kan. Awak yang jumpa posting ni mesti tengah google tempat dan pakej kahwin la tu. Kalau dewan dan hotel mesti dah biasakan. Kalau mencari lokasi luar biasa boleh cuba tengok Laman Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya. Kenapa aku cakap luar biasa, boleh  tengok gambar dekat bawah ni. Bukan setakat tempat cantik tapi siap disediakan pakej perkahwinan.




Tahukah anda bahawa tempat ni adalah dalam kawasan yang sama aku pergi FAM Trip ke dusun Taman Warisan Pertanian Putrajaya tu? Actually lepas keluar kebun tu kami makan dekat Laman Warisan ni. Aku perhati tempat ni tak ada aircond. Mungkin tu boleh request kemudian kalau perlu tapi apa aku nak share adalah walaupun tak nampak aircond tapi sejuk redup je tempat ni. Boleh faham tak perasaan keluar dari dusun tengahari tu lepas tu masuk sini. Sejuk redup je dan mula-mula ingat ada aircond so perhati je sekeliling tapi tak ada. Design tempat ni memang binaan kayu dan sejuk je. Semestinya cantik la. Aku share sekali maklumat pakej Laman Warisan ni.


Pakej Perkahwinan Laman Warisan, Taman Warisan Pertanian Putrajaya


Pakej perkahwinan dekat Laman Warisan di Taman Warisan Putrajaya ini adalah tawaran dari Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) dengan kerjasama Felda D'Saji Sdn Bhd, katerer perkahwinan terkenal lembah kelang. Semestinya makanan semua nya best sangat.









Pakej ni bukan setakat untuk penduduk sekitar Putrajaya, Bangi dan Serdang sahaja namun penduduk luar kawasan ni yang berminat nak adakan majlis dekat sini pun boleh. Siapa taknak buat majlis kahwin romantis di dalam bangunan rekaan tradisi yang dikelilingi kehijauan taman herba, dusun buah, pokok komersial dan buah-buahan. Pencinta alam sekitar mesti suka tempat macam ni. Sejuk dan redup. Boleh terus buat photshoot kahwin dalam dusun kalau nak. Lanskap dusun pun cantik dalam ni.


Pakej perkahwinan ni bermula serendah RM12,500 sahaja dan berpeluang menikmati tawaran seperti dibawah,

  • Menu perkahwinan tradisi Melayu dihidang secara buffet
  • Meja pengantin dengan lauk pauk istimewa
  • Sewaan dewan, kerusi, meja dan dekorasi
  • Pelayan terlatih
  • Pelamin dekorasi berserta walkway
  • PA system basic
  • Lokasi fotografi percuma di Taman Warisan dengan kehijauan dan ikonik
  • Tempat letak kereta percuma
  • Kemudahan tandas dan surau untuk tetamu
  • Ruang persalinan / bilik menunggu

Di Laman Warisan bukan setakat pakej perkahwinan tapi boleh juga diadakan acara seperti pelancaran majlis korporat, makan tengahari. Hi-tea sekolah, makan malam steamboat dan lain-lain lagi majlis dengan tempahan minima 100 orang pada satu-satu masa.

Pakej perkahwinan - Tempat dan Katering


Untuk info tambahan boleh rujuk risalah ni, kalau aku cerita takut salah info pula.




Dan untuk maklumat lebih lanjut aku cadangkan hubungi Pegawai Jualan Felda D'Saji Sdn Bhd, En Mohd Azan Dalal 014-3388794 atau email azan.md@felda.net.my. Harap membantu.


7 comments

  1. Menarik pakej perkahwinan tu. Menu pun sedap-sedap tu

    ReplyDelete
  2. Menarik juga ni..makanan pon nampak best jer.

    ReplyDelete
  3. Wahhh menarik pakej perkahwinan yang ditawarkan, mana tau boleh buat kenduri kahwin anak sendiri nanti kat sini. Hehehee!

    ReplyDelete
  4. Menarik.. tapi dah kahwin.. hehehe!

    ReplyDelete
  5. baru tahu boleh wat kenduri kahwin kat sini ingat tempat tanam2 pokok je hehhehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...