Berjaya buka myASNB online

Sebelum aku mula kan aku nak berterima kasih banyak dekat blogger Julia Johari sebab share pasal myASNB ni. Kebetulan hari tu sembang mengenai pelaburan ASB financing ni. Apa untung rugi bla bla. Biasa la kalau sama-sama minat investment dan travel ni lain sikit cara. Nak pergi jalan keluar duit tapi dalam masa sama suka pelaburan tapi pelaburan kena ada duit. haaa macam mana tu? heheh


Aku taknak ulas panjang mengenai ASB sebab bukan pakar cuma kali ni nak share cara daftar online myASNB ni.

Cara daftar myASNB online




1) Yang paling penting korang ada ASB la then pergi ke kaunter agen ASB terpilih untuk daftar myASNB Online. Macam aku pergi CIMB, dekat sana kena isi borang dan tunggu je no dipanggil. Hanya perlu bawa IC dan no telefon sahaja. Buku ASB pun tak payah sebab dalam sistem memang dah ada maklumat ASB kita.

Tujuan pergi kaunter tu untuk daftar no telefon untuk tujuan nombor TAC.

2) Selepas selesai mendaftar di kaunter, pegawai bank tu akan bagi penyata akaun dan link website myasnb untuk buat secara atas talian. Boleh buka laman web ini www.myasnb.com.my

3) Klik daftar di sini untuk pendaftaran kali pertama dan teruskan.



4) Isi maklumat seperti diatas dan klik seterusnya.


5) Klik permintaanc TAC dan TAC akan di hantar ke no telefon yang didaftarkan. Selepas dapat no TAC klik seterusnya dan isi soalan keselamatan. Klik TAMAT


6) Setelah selesai kata laluan kali pertama akan diberikan. Klik log masuk dan kemaskini kata laluan baru. Kata laluan ni bukan mudah nak lepas. Masa aku buat dah give up siap tutup dan malas nak buka ingat website problem ke apa. Esoknya aku try balik. Memang kata laluan tu kena kreatif gila baru lulus dan boleh proses kalau tidak memang keluar tak berjaya je la.

Contoh kata laluan kreatif habis konon nya. Macam ni contoh eja KERETA - K3rE7A haaa gitu. Tapi kalau korang sendiri lupa lepas tu nasib laaa.. hahahhaha stress juga reka kata laluan ni hari tu. Bila berjaya buat kata laluan tu korang akan rasa happy gila sebab susahnya sistem myasnb nak lepas kalau simple sangat. hahah


Terus boleh buka dan check baki semasa asb korang. Jumlah baki sebesar alam tertera. Aku buka pun terkejut gedabak kau tulis haaa.. Dah la sikit je buat malu je orang tengok. Yang lagi best boleh masukan duit dalam tu secara online tanpa cas tau. Sebelum ni aku guna maybank2u transfer ASB so memang kena cas la. Tapi guna myASNB online ni free je untuk transfer tapi aku belum cuba. hihihih..


Sekian. moga bermanfaat


2 comments

  1. Jemput singgah dan baca :)

    https://messarah.blogspot.my/2017/09/im-glad-to-be-part-of-them-sea-games.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...