Ubat sembelit untuk kanak-kanak

Selama ni aku selalu dengar je orang cerita anak orang sembelit. Kalau orang besar sembelit pepandai la kan settle sendiri tapi kalau budak sembelit ni ya rabbi kita yang tengok pun seram sama. Umur Asyraf 3 tahun lebih baru sembelit ni. Aku tengok dia siap nangis teresak minta tolong sakit nak berak. Lagi pun dah pandai cakap kan. Budak ni kalau nangis sakit sangat tu memang drama teruk sampai aku rasa nak bawa hospital je tapi macam melampau lak sebab sembelit, ke tak??



Lepas tanya kawan-kawan macam mana nak handle anak sembelit ni antara yang dorang suggest so kisahnya aku pergi farmasi. Kalau pergi farmasi pandai la ahli farmasi tu. Minta advice dorang untuk umur budak sekian-sekian.


Ni apa yang farmasi tu bagi bila aku bagitau pasal Asyraf sebab 2 hari ke 3 hari tak berak. Kalau biasa setiap hari dia akan membuang kan.

Lactul 

Ubat ni cecair tau so orang farmasi tu suruh balik start bagi asyraf makan untuk lembutkan najis dia. Boleh baca dekat arahan kotak tu. Mungkin sebab sakit sangat perut balik tu asyraf elok makan sendiri ubat ni.

HLP Raven Enema

Ni pula ubat jenis picit dekat buntut. Orang tu tak advice sangat guna kecuali memang banyak hari dia tak berak. Kalau nak guna picit ubat ni dekat buntut terus dekat toilet sebab kesan dia cepat. Kang jadi bom najis pula dalam bilik.

Aku guna sekali je ubat ni sebab dah banyak hari dia tak berak so memang betul bom najis laaa. hahhaha tapi najis yang keluar tu lembut je dan banyak hoiii..



Sekian laporan ubat sembelit untuk anak. hehe








3 comments

  1. hope semua dalam keadaan baik. huhu.

    ReplyDelete
  2. nice sharing.. boleh standby nie kot-kot anak e'in pun kena sembelit..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...