Resepi akok kedut guna Trio

Wahai peminat akok korang tak perlu risau dah kalau teringin sangat-sangat nak mati nak makan akok boleh buat sendiri je akok kedut ni. Bentuk insyaAllah sama dan rasa pun sedap je kalau ikut bahan yang betul gitu.. hahahha tengok aku confident je cakap kan cuma rasa hangus arang tu tak dapat la nak rasa weh. Kalau nak gak rasa hangus tu korang bakar je maker tu confirm rasa hangus wakakka.. okay gurau je.

Akok Kedut




Ini cubaan pertama aku dan hey aku kagum sebab ada rasa dan bentuk, by the way masa buat ni bulan puasa so boleh ambil bau je masa ni. hahaha.. Nak tau aku bakar dengan apa boleh baca sampai habis. Aku nak share resipi akok ni dulu. Rujukan aku untuk masa depan gitu.

Bahan-bahan akok kedut


1) Telur 6 biji - bergantung pada size telur tapi sebab telur kat rumah kecil aku guna 7 biji
2) 1 cawan santan
3) 1 cawan air
4) 3 kerek gula melaka kg
5) 1 cawan gandum
6) Garam - sikit je untuk bagi lemak
7) Daun pandan 



Cara-cara


1) masak gula melaka dengan daun pandan sehingga cair - tapi masa ni aku masuk sekali dengan 1 cawan air, itu sebab nampak cair je kan tapi boleh je sebab semua ni kecuali daun pandan nak kena blend juga.
2) masuk semua bahan dan tapis air gula melaka ke dalam blender, letak garam secubit rasa je
3) blend semua bahan
4) tips tambahan - kalau nak bagi bau pandan kuat dan warna hijau blend dan tapis air daun pandan tu dan masuk sekali blender tapi yang ni aku tak buat.


Kuantiti air kena jaga jangan cair sangat, mungkin boleh guna 1 cawan air tu untuk blend daun pandan dan baru campur semua kan? hahahha nanti aku cuba lagi. Senang je aku guna sukatan cawan kalau nak timbang-timbang tak rajin haihhh.. Resipi ni mama aku yang share tapi aku ubah sikit ikut keadaan macam gula melaka tu. Kalau dekat Kelantan dia bentuk kerek sekeping-sekeping tapi dekat sini tu haa seketul besar. Aku adjust guna 2 ketul besar tu je. Ikut resipi 3 kerek macam 3 keping tu kot. hahahhaha aku tak pasti betul tak bahasa yang aku guna ni.




Masa buat ni korang jangan tamak tau, memang nampak macam sikit dan aku nyaris nak tambah lagi kuantiti bahan-bahan tapi tunggu bila korang dah masukan semua dalam blender. Memang resipi ni ngam-ngam 1 blender je tau. hahahahha dan tekstur adalah cair dan tak pekat sangat gitu.

Trio Cupcake Maker



Dan taraaaa ni la bekas untuk buat akok. hahahha Trio Cupcake Maker ni dah viral lama untuk bakar akok. Aku je baru tau tu pun sebab mama aku share, ritu duk teringin gila nak akok bulan puasa tapi since kali ni tak dapat balik so tak dapat la nak rasa akok kan. Sekali mama aku share ni haa so apa lagi kita beli la cuba buat sendiri.




Jangan letak penuh pula, separuh je dah cukup sebab dia akan kembang. Bakar kejap gila dalam 3minit macam tu je. Kalau nak hangus-hangus tu biar la lama sikit tapi kena buka la kejap sebab dia akan mengembang dengan jaya nya. Kang bungi pop-pop macam nak meletup tu. hahahah masa ni aku seram pehal bunyi gitu. So aku memang buka kejap dan tutup balik sebab nak bagi garing tu. Memang dia kembang betul weh tapi jangan risau nanti dah angkat sejuk kan dia berkedut dengan sendiri nya. hahahhah Yang best nya tak melekat langsung dan cantik je kejadian nya. hehehhehe..


Kat mana nak beli? Ramai reseller jual maker ni atau boleh beli dekat Apps Shopee juga. hehehhehe sebab aku pun beli dekat Shopee. Moga bermanfaat untuk orang yang mengidam akok kedut. hahahahhahaha Ni je gambar aku ada sebab dah malas nak ambil. Lepas pada tu aku biar garing-garing lagi sedap dan rupa dia lagi cantik. Adeh lapar akok pula taip ni. Selamat mencuba




6 comments

  1. Ni fav ni... kalau ke kelantan konfirm beli bw balik Ipoh

    ReplyDelete
  2. Wahhh Athirah! Hebat lah skill masak ko sekarang. Siap boleh buat Akok lagi. Nanti kalau ko buat lagi, jangan lupa pm tepi aku yer. Tak kisah la akok ko berkedut ke tak..janji sedap. HAHAH! Selamat Hari Raya Geng! Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete
  3. Saya suka makan akok tapi tak pernah buat. Huhu. Mampu beli je

    ReplyDelete
  4. Tq for sharing recipe.. Feveret saya kuih akok ni.. Tapikan kalau tak der trio cup cakes ni blh guna kaedah lain tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. cuba try atas frypan biasa. buat mcm pancake. tp sy sendiri tak pernah try tu atau kalau ada sandwich baker yang kepit tu kan sama mcm ni. rasa nya la boleh. cuma bentuk jadi lain laaa...

      Mil pernah buat dlm magic pan tapi jadi macam kek pula. kena kreatif la kot.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...