Tips dan tempat penginapan murah di Singapura

Kalau ada passport dan masih hidup mesti rasa nak berjalan je kan. Actually aku ada plan nak pergi Singapura dengan kawan aku. Singapura ni negara kecil je tapi ada banyak tempat-tempat yang menarik yang ada dekat sana. Lagi pun ramai kawan-kawan yang lain yang suka sangat masuk Singapura dan post dekat instagram sampai aku sendiri musykil apa yang best sangat kan. Dorang ada tunjuk tempat-tempat yang dorang pergi sampai aku pun rasa nak travel ke sana.



Tips ke Singapura


Ni ada sedikit tips untuk sesiapa yang nak ke Singapura. Kalau naik flight just beli tiket penerbangan online je tapi kalau naik bas korang kena naik bas ke Johor dulu, sampai Larkin Sentral dan boleh terus tuju ke tempat menunggu bas yang menghala ke Singapura. Lebih baik beli terus tiket ye. Kena tunggu situ awal-awal sebab bas pertama yang pergi Singapura bermula seawal 6 pagi untuk mengelakkan orang ramai. Kalau lewat memang kena beratur panjang dan kena tunggu bas yang lain pula. Kalau naik bas lewat so sampai Singapura pun lewat la. Dalam perjalanan dengan bas korang akan melalui imigresen juga sebab nak dapatkan cop untuk menyeberangi Tambak Johor tu. Masa ni pastikan passport korang ada dengan korang tau jangan hilangkan atau salah letak sebab masa nak cop tu bas akan turunkan penumpang dekat checkpoint 1 dan gerak ke checkpoint 2. Jadi korang kena cepat dan tak boleh buang masa. Masa dekat imigresen Singapura korang kena ambil satu kad berwarna putih untuk tulis details masing-masing.


Lepas dah siap semua tu, bas akan menuju ke MRT Woodland, disitu korang kena beli kad MRT sebab MRT merupakan pengangkutan awam yang amat digunakan oleh orang Singapura. Kena beli kad tu dalam 10 SGD. Dengan kad ni, kita boleh pergi ke mana-mana saja dengan MRT ni sebab nak naik teksi mahal sangat. Banyak tempat-tempat menarik dekat Singapura ni seperti Little India yang mempunyai banyak jalan yang padat dan kedai-kedai dimana kita boleh jumpa macam-macam barang dari kalungan bunga sampai la rempah-rempah wangi dan fabrik berwarna-warni. Boleh tengok butik disepanjang Serangoon Road dan boleh bersiar di kawasan sekitar.



Lepas tu boleh pergi ke Orchard Road yang merupakan sebuah kawasan sepanjang 2.2km. Ia merupakan pusat runcit dan hiburan Singapura. Kawasan ini adalah satu tarikan utama pelancong. Ia juga dikenali sebagai Tang Leng Pa Sat Koi (Tanglin Market Street) dan Vaira Kimadan (Fakir yang Place) oleh orang Tamil Cina dan Singapura. Dekat sini kita boleh shopping barang-barang yang berjenama. Sekarang ni Orchard Road dah ada banyak pusat membeli belah yang terkenal, restoran dan juga hotel.

Joyfor Backpackers Hostel


Kat sana, korang boleh stay di satu area tu yang menyediakan dorm dengan bajet yang rendah. Nama tempat tu Joyfor Backpackers Hostel. Suasana nya memang best la dengan sewa yang murah dan berpatutan. Hostel ni terletak di Geylang Road. Katil yang ada dekat situ katil 2 tingkat or bunkbed. Memang betul-betul suasana macam di asrama dulu-dulu. Hostel tu memang selesa dengan pekerja yang ramah serta dengan tourist-tourist lain yang sporting. Kebanyakkan dari dorang ni find singapore hotel deals on Traveloka.




Pada waktu malam, korang boleh ke Marina Bay yang menempatkan beberapa event yang menarik dan juga banyak peluang hiburan seperti Muzium ArtScience dan The Float di Marina Bay (stadium terapung terbesar di dunia). Kat sana juga boleh tengok Singapore Flyer serta bermacam-macam lagi. Marina Bay juga adalah tempat peranginan di mana terdapat kasino bertaraf dunia, pelbagai kelab malam dan tempat penginapan yang hebat. Boleh ke sana waktu siang dan juga malam sebab kedua-dua mempunyai tarikan yang berbeza. Kalau pergi waktu malam pun best dan pergi siang pun best.




Esok pagi lepas sarapan korang boleh checkout dari hostel dan terus menuju ke Masjid Sultan iaitu satu lagi tarikan yang terdapat di Singapura. Kat situ ada jalan yang nama dia Arab Street. Terdapat macam-macam jenis kedai vintage, hipster, butik-butik yang menjual macam-macam jenis barang. Kalau nak cerita semua nya memang tak akan habis wei. Kalau nak tau lagi kena explore sendiri kan? Baru la puas hati. Ini adalah antara tips yang aku dapat kalau nak bermalam di Singapura.



24 comments

  1. Bestnya melancong..
    Lama dah miera tak pegi Singapore.. Baca entry ni terus rasa nak ke sana..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. singapore pergi weekend kejap pun boleh. hehe

      Delete
  2. Rupanya banyak juga yang boleh dilawati di negara singapura ni yer?? Boleh masuk dalam list VB ni. Terima kasih di atas sharing tersebut.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada banyak lagi.. insyaALLAH akan di update more detail later

      Delete
  3. Pernah pergi sekali jer Singapore tapi tak stay sana, stay Jb. Next time nak merayau sana boleh stay sana plak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la kannnn... boleh try stay sana plak lepas ni

      Delete
  4. Kat spore pun ada tarikan makanan yg tersendiri. Lama dah tak p ni aih .. teringin pulak

    ReplyDelete
  5. Masa kecik2 je merasa g singapore... bestnya kalau dpt bercuti semula ke sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. sepanjang duduk jb dulu xpnah pegi konon dekat kan.. skang br nk pegi haa

      Delete
  6. Boleh refer entry nie kalau nak buat iti pi singapore next time. 😍

    ReplyDelete
  7. melancong... kena kumpul duit dulu hehehehee

    ReplyDelete
  8. Pernah gak dulu try pegi singapore naik bus je.. Hihi
    http://sinarcintaku.blogspot.my/search/label/Singapore?m=1

    ReplyDelete
  9. Baca entry ni terus rasa rindu nak ke singapore.. Ada harapan raya ni terjah family kat singapore.. murtabak singapore, sup tulang merah singapore.. rindunyaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untung ada family sana boleh pegi selalu

      Delete
  10. lom pernah jejak spore.
    plan da byk kali. tapi asyik batal aje :)

    ReplyDelete
  11. Lepas raya nanti bleh la plan ngan kawan2 akak..bleh bawak anak dara akak jugak ni

    ReplyDelete
  12. Teringin jugak pergi ke Singapore, tapi kena menabung dulu ni! Hehehee.

    ReplyDelete
  13. honeymoon kat spore tahun 2010. bulan 1. huhu.. pergi balik hari je. x sempat stay pun. hehehe

    ReplyDelete
  14. Pergi singapore, wajib pergi USS...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...