Restoran AK 47 Setiawangsa - Surprise birthday

Akhir-akhir ni aku tengok ada pelbagai cara orang surprise kan birthday yang tersayang. Actually ni aku nak sambung post aku sebelum ni. Sejarah surprise birthday untuk husband aku. haa gitu. Boleh tengok post ni surprise birthday. Aku sendiri dah kering idea sebenarnya apa la surprise aku nak bagi dekat laki aku ni. Kebetulan dia bagi tau hujung minggu tu nak berbuka puasa dengan kawan-kawan dia. Aku ingat dia nak pergi sorang sekali dia ajak join so aku apa lagi terus contact salah sorang kawan baik dia minta tolong belikan kek. Kalau aku beli bukan surprise dah nama nya tu. hehehhe



Aku ni main redah je kan dan sebenarnya tak tau pun dorang ni plan berbuka dekat mana. Nasib la kawan laki aku tu okay je nak tolong. heheheh terima kasih nadz. Birthday laki aku sebelum ni pun dia ada gak. Kawan baik la kata kan. Majlis berbuka puasa ni aku malas nak tanya detail buat tak tau dan follow je laki aku. heheh

Restoran AK-47 Setiawangsa



Kami sampai antara yang terawal kot sebab konon nya takut jem nak ke sini. So sementara tu bergambar sikit tapi Asyraf tak bekerjasama sibuk nak turun main. Nampak macam kosong je lagi masa ni tapi sebenar nya full house okay. Dorang kata kalau nak makan dekat sini memang kena booking dulu sebab sentiasa penuh. hahaha Aku baru tau pasal kedai ni. Bila booking boleh siap order menu apa nak makan so bila sampai tu just tunggu waktu berbuka je. Aku ingat tak ramai tau kawan-kawan dia rupa nya ramai juga la datang dan kanak-kanak juga so Asyraf pun bergabung la. Tapi lega sebab dia ada geng. hahahah



Update entry makan tengah siang hari ni menduga jiwa betul haa. Dorang booking dah siap dengan menu. Fuhh mengancam kan lauk-lauk dia. Aku terbayang pula tiba-tiba. Actually banyak lagi okay lauk lain. Banyak gila dorang order tapi aku tidak la rasa semua sebab busy perhati si kecil tu banyak pula stunt dia buat. Seram tengok. hahah


Menarik kan tempat ni? Korang boleh cuba nanti. Budak pun bebas main dekat kawasan tu je tak turun cuma kena jaga-jaga takut jatuh je. Design ala-ala kampung gitu. Memang penuh dan best la sini tapi aku taknak cerita detail sangat sebab point sebenar adalah birthday laki aku. hahah.. Sampai habis makan aku buat tak tau tapi minta la kawan dia tolong bawa kek lepas makan dan solat. Oh yang kurang sikit kat sini adalah tak ada surau tapi ada rumah pekerja sebelah restoran ni. Dorang baik hati bagi pinjam tempat untuk pengunjung sini tumpang solat. Baik kan? Cuma sila bawa telekung sendiri ye. Aku ritu pinjam orang lain punya, nasib baik jumpa orang baik bagi pinjamkan. My bad tak bawa sebab selalu tempat berbuka ramai ni ada surau. huhuh

Surprise Birthday ke 29 (2017)


Finally surprise berjaya sebab dia tak expect kot. Hasil kerjasama kawan-kawan dia. Aku ada rekod video juga. hehehhe dan tulisan atas kek "bini kau" tu kerja kawan dia bukan aku ye suruh tulis gitu. hahahah Lepas semua nyanyi lagu birthday laki aku, meja belakang pula nyanyi sebab rupa nya dorang pun sama surprise birthday juga. heheheh happening~




Birthday boy happy dapat pula celebrate dengan kawan-kawan dia kan. Suka letewww dan ni je hadiah tahun ni. haa haaa.. apa dalam tu adalah rahsia gitu.. Apa yang penting I ikhlas gitu. Selamat Hari Jadi Suamiku. Kali ni kira all in one la. Reunion dan juga celebrate birthday. heheh


ppssstt : birthday Asyraf pun aku tak update lagi padahal birthday asyraf dulu tau.

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...