Berbuka puasa di Colosseum Glenmarie

Alhamdulilah rezeki iftar di Colosseum Glenmarie. Kalau nak suatu kelainan boleh datang berbuka puasa di sini. Boleh waze terus je tempat ni. Masa sampai tu aku macam woww sangat-sangat sebab kagum dengan design dan kemeriahan kawasan ni. Kalau ikut jalan nak kesini nampak sepi macam tak ada orang kan tapi bila sampai memang wowww laaa nampak mewah dan esklusif. Lain dari tempat lain dan kebetulan baju aku pakai matching pula dengan tempat ni. hahaha



Colosseum 


Sebelum cerita pasal makan aku nak share serba sedikit mengenai tempat ni. Kagum kan terus minta brochure tempat ni gitu sebab nampak special sangat. Dengan ubah suai dari kontena okay tapi nampak sangat elegen dengan gabungan hitam dan gold menampakkan lagi esklusif. Nak cat rumah warna ni la nanti boleh? hehehehhe



Colosseum Events adalah sebuah kawasan yang menawarkan servis untuk majlis perkahwinan, product launches, majlis korporat mahupun tempat mesyuarat dan juga majlis-majlis keramaian dengan suasana mewah, bergaya, kawasan yang selesa dan menyediakan banyak kemudahan menarik. Nak buat conference pun boleh dekat sini atau sebarang business events. Meeting room dekat sini boleh memuatkan dari 10 - 50 orang dalam satu-satu masa. Ruang dewan pula boleh memuatkan 250 orang dan kalau nak tetamu dalam 1000 orang boleh guna ruang outdoor.


Serius cantik sangat kalau nak buat garden wedding dekat sini sangat la sesuai. Dekorasi dan semua la aku suka. Ini memang tempat yang diluar jangkaan aku tau masa nak datang. Ingatkan macam biasa tempat berbuka puasa buffet style tapi berbeza nya dekat sini. Alhamdulilah rezeki.

Iftar di Colosseum Glenmarie


Sepanjang bulan Ramadan Colosseum Glenmarie menawarkan pakej iftar dengan harga RM88 untuk dewasa dan RM58 untuk kanak-kanak. Kalau nak experience suatu kelainan dan esklusif boleh datang berbuka disini tau. Ada banyak pilihan makanan yang menarik seperti kambing golek, sate, nasi kerabu, ulam-ulaman dan banyak lagi. Kalau buat list panjang pula post aku nanti.


Desert pula ada banyak pilihan termasuk kuih muih tradisional. Kawasan makanan dia dari dalam sampai keluar haaa.. Memang banyak sangat dan semua sedap seriously tak tipu. Aku semalam kebetulan teringin nasi kerabu dan dah plan kalau tak berbuka dekat sini nak pergi cari nasi kerabu je untuk berbuka. So bila pergi sana nampak nasi kerabu apa lagi. hahahha Nasi kerabu dekat sini complete set tau tu yang umphhh sangat. Sate pun aku dapat sebab dari sebelum puasa ajak laki aku cari sate tapi tak sempat-sempat kan. Puas hati sangat semalam.

 

Gambar bawah ni adalah kawasan outdoor. Luas dan cantik kan dekorasi outdoor Colosseum sebab tu aku cakap kalau buat garden wedding ni memang sesuai sangat. Nasib dah kahwin tau hahhaha. Cendol adik manis pun ada, actually memang banyak sangat pilihan makanan kat sini.





Oh yeee aku ada borak dengan owner En Hazeri, beliau kata kalau nak terawih situ pun boleh then habis terawih boleh sambung moreh terus haaa gitu. Untuk solat terawih ada disediakan suatu ruang yang luas dan InsyaALLAH ada imam untuk terawih dari pelajar tahfiz. Berbaloi tak? Surau perempuan pun selesa sangat Alhamdulilah. Terima kasih atas layanan yang baik dan semua staf Colosseum ni sangat la baik dan membantu.

(ruang solat)



Bazaar di Colosseum 


Amboi anak aku bukan main action ye bergambar dengan aktif nya dia kat sana. Seram je tengok berlari dan acah-acah nak ambil pinggan sendiri. hahhaha Kami dekat sini sampai pukul 10 lebih juga kot sebab bukan setakat berbuka puasa sini tapi konsep Colosseum tu sekali dengan bazaar tau tu yang buat tempat ni lagi special. Korang boleh pergi shopping sekali dekat sini. Semua keperluan raya macam baju, kuih raya, perfume, makeup dan macam-macam lagi ada dekat sini.


Bazaar ni betul-betul sebelah Colosseum tau. Bazaar dibuka dari 12.30pm - 12.30am ada live buskers, lucky draw, guest artis dan juga happy hour sale promotion gitu. Masa kami pergi semalam dapat jumpa pelakon cilik adik Rayqal Iskandar dan juga Lia Natalia.





Adik Rayqal kecil-kecil dah ada business sendiri perfume go just, boleh tengok www.gojustempire.com. Perfume dia sedap tau harum semerbak. Sekarang ada promo setiap pembelian perfume go just akan dapat passport iaitu satu kad dengan passport number untuk peluang melancong ke Paris dan juga diberika RM2000 duit poket. Menarik kan?? Nak tau detail boleh tengok website tu ye. Setiap passport number berbeza so tak boleh nak tunjuk sini laa..


Overall aku suka gila la majlis berbuka puasa semalam sebab full of surprise sebab aku tak expect sangat meriah dan mewah macam ni. Best sangat sebab hanya diberi tahu untuk datang jer berbuka puasa haa gitu simple tapi bila sampai hahhh kau memang surprise sangat siap ada cenderahati untuk kami. Ya Allah moga dimurahkan rezeki semua ye. Ada 2 kali penyampaian hadiah/ buah tangan. 1 dalam colosseum dan 1 lagi dekat stage outdoor tempat orang busking. Gambar bawah ni adalah owner Colosseum En Hazeri menyampaikan hamper raya. Dekat stage luar adik Rayqal yang sampaikan voucher penginapan 2 hari 1 malam di Semenyih Eco Resort tapi tak ada gambar pula. Terima kasih juga buat team Go Just Empire untuk perfume yang best tu. Suka sangat, mak mertua pun suka nanti nak order lagi. Harga mampu milik dan sedap bau dia.


Ini adalah barisan blogger yang terlibat semalam. Alhamdulilah siap ada rakaman video lagi semalam tapi bagi food blogger mahamahu la yang lead. Semua pun sporting. Terima kasih kerana sudi jemput kami semalam, dapat merasa majlis iftar lain dari lain. It was so special anyway.



COLOSSEUM

LOT 16859, JALAN PENYAIR U1/44, 
HICOM GLENMARIE, SEKSYEN U1,
40150 SHAH ALAM SELANGOR
018 258 4425
www.colosseum.com.my






24 comments

  1. Replies
    1. Rebut peluang.. boleh jumpa artis juga.. hehe

      Delete
  2. Menariknya berbuka puasa kt sini...suasana tu romantik agt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn sesuai utk yg brithday kena bulan puasa gitu..

      Delete
  3. woww ...menarik kalau dekat mau juga nak merasa berbuka di sana...

    ReplyDelete
  4. Cantiknya tempat tu! Buat wedding ka sambut anniversary sesuai tu

    ReplyDelete
  5. belah mana erk.. tak perasan pun kewujudan cafe nih.. tapi suka tgk deko and interior tu.. and siap ada bazaaar lah pulak yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh waze.. sblah tol batu 3 federal highway

      Delete
  6. Wow. Memang nampak meriah n seronok. Lagi2 dpt bawak family ek... Terbaik..

    ReplyDelete
  7. Sangat cantik la.. Berbaloi baloi dapat iftar kat situ

    ReplyDelete
  8. Menarik sangat tempatnya, meriah!😀

    ReplyDelete
  9. Unik! bazar rupanya. Tapi indoor style eh? ok gak gitu tak de la kepanasan kan. Heheh..

    ReplyDelete
  10. Wah memang cantiklah dekorasi cafe dia, tenang je nak menjamu selera.

    ReplyDelete
  11. First time dengar tempat ni... Tempat macam best jer, ala2 hipster, tengok gambar food mcm sedap jer, surau pun nampak kemas & bersih. So boleh la try buka puasa di sini nanti.. Thanks for sharing

    ReplyDelete
  12. Hi Athirah..
    hebat antara orang terawal update post tentang Colosseum ni. now akk baru free sket utk update blog n komen2. hope next time dapat jumpa lagi yer. that night tak sempat nak tegur2.. hahahaa..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...