Manfaat dan Khasiat Apple Cider Vinegar (ACV)

Masa mula diperkenal kan dengan Apple Cider Vinegar (ACV) atau bahasa melayu nya cuka epal ni aku terus teringat yang bapa mertua aku pernah mentioned pasal ACV ni sebab banyak khasiat. Bila aku google tak banyak info local yang aku jumpa dan majoriti mat saleh yang guna untuk masakan dan geng diet atkin ramai la amalkan ACV ni. Makin hari makin curious tapi dalam masa yang sama aku cuba juga amalkan. Aku minum segelas sebelum tidur. Apa yang aku perasan adalah macam melawaskan sistem pencernaan. Bangun pagi mesti nak membuang bukan memulas sakit perut tu tapi satu perasaan yang puas gitu. hahahhaha.


Apple Cider Vinegar 


ACV ni adalah dari keluaran Surya Malaysia dengan penambahan madu asli. Ada yang risau kan nak amalkan cuka epal sebab bila google akan jumpa proses penapaian menjadi alkohol bla bla. Korang kena faham betul-betul konsep pemprosesan nya okay sama juga macam tapai. Tapi jangan risau yang produk ACV Surya ni ada sijil Halal so boleh amalkan tanpa was-was.


Cuka epal atau ACV sendiri mempunyai banyak khasiat dan manfaat keatas tubuh badan kita. Diperbuat dari buah epal segar yang mengandungi vitamin, pectin, pottasium, sodium, magnesium, kalsium, fosforus dan zat besi. Ianya juga mempunyai sumber anti-oksida yang mempunyai keupayaan untuk menutralkan radikal bebas yang berbahaya yang boleh melemahkan sistem imunisasi. Cuka dapat membantu merendahkan glukosa darah dan tahap insulin untuk kehidupan lebih sihat.





ACV di bulan Ramadhan



Bagi aku ACV ni sedap dan memang elok diamalkan masa berbuka puasa dengan mengantikan minuman manis biasa tu. Sihat pun sihat dan menghilangkan dahaga. Walaupun rasa dia masam sikit tapi tak memedihkan perut. Kalau minum masa berbuka rasa segar je badan. Sahur pun kena cuba amalkan ACV untuk kecergasan sepanjang hari gitu. Kalau ikut arahan dekat botol tu secawan dalam 180ml hanya perlu 2 sudu besar ACV je tapi tak berapa rasa sangat bagi aku. Malam ni aku derhaka sikit letak 3 sudu baru sedap kaw rasa nya. hahah Suka hati aku kan, tu sebab warna dalam gelas ni nampak kuning sikit sebab biasa nya warna dia macam pudar atau macam tak nampak sangat perubahan warna air tu. Nak sedap punya pasal letak la lebih. Kalau sebelum ni aku suka amalkan jus delima tapi stok jus delima nan ado so kita ganti ACV ni pun sedap rasa sama masam manis gitu juga.


ACV dalam masakan


Aku juga baru tau yang mat saleh suka guna ACV dalam masakan dorang hasil google dan Chef Wan juga ada recommend guna ACV untuk gantikan asam jawa dalam masakan. hahaha Lepas ni kalau asam jawa habis boleh cuba la. Chef Wan recommend kot mesti la boleh dan sedap kan.


Antara khasiat Apple Cider Vinegar (ACV)



1) Membantu pencernaan - no wonder la kalau aku minum sebelum tidur bangun pagi cantik je membuang.. ramai yang tengah diet suka amalkan sebab melawaskan dan buang segala toksin dalam badan. Sistem pencernaan yang baik dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik dari segala penyakit.

2) Melegakan sakit tekak 

3) Membantu mengurangkan berat badan


Dari suka minum air manis baik kita cuba amalkan ACV lagipun ACV ni dah diamalkan dari zaman dulu kala lagi cuma aku je baru nak ambil tahu. haha. Boleh dapatkan Surya ACV dekat semua Watsons berdekatan anda atau farmasi yang terpilih. Selain watsons dan farmasi, korang boleh juga beli ACV ni dekat Lazada dan juga Shopee. Rujuk link dibawah untuk lebih lanjut okay. 


Surya Malaysia


E-Commerce link : Lazada - http://bit.ly/2rTseiZ
                                Shopee - http://bit.ly/2rGY7eR



42 comments

  1. Pernah dengar AC ni bantu kurangkan berat badan..tp tak berani nak amik sebab takut rasa dia masam sangat. Haha.. Anyway, tq for info

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang pure acv masam kot tp ni ada campuran madu.. sedap

      Delete
  2. Rasa ACV ni memang sedap. Tadi ada juga tambahkan 2 sudu besar ACV dalam sos nasi ayam...sampai licin famili makan..puas hati betul

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh yeke.. smlm sy bt nasi aym.. nti nk cuba bila masak sambal udang apa rasa

      Delete
  3. Memang banyak khasiat ACV.. untuk kesihatan ia.. untuk kecantikan pun ia.. kalau kat pinterest tu mcm2 petua yag ada guna ACV ni.. My Tn Syed puan ada pak cik kat surau pernah ajar yg ACV ni boleh pecahkan batu karang.. Wallahua'lam..

    ReplyDelete
  4. Wahh dah cuba ACV dah.. nampak berkesan utk Athirah .. Akak pon nak cuba laa nanti ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berkesan melawas haa.. mana tau selim raya nti. Hahah

      Delete
  5. Dh pernah cuba mmg sedap kalau tambah dlm makanan.kite pn selalu derhaka letak 3 sudu

    ReplyDelete
  6. Wahh dpt melegakan sakit tekak...skrg tgh alami leh cuba ni

    ReplyDelete
  7. Nak try gak lah, kot berkesan turunkan berat badan ni haa

    ReplyDelete
  8. ada pendapat juga mengatakan boleh seimbangkan paras estrogen..chances nak kena fibroid, cyst & etc juga akan menurun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ohh yeke.. tp bab penyakit ni x berani nak cakap sgt.. tp boleh cuba sebagai salah satu usaha jaga kesihatan

      Delete
  9. yang ni leh bagi perus boroi jd kempis kan..

    ReplyDelete
  10. Pergh... Best juga nak cuba nie..

    Lebih lebih lagi pada musim puasa..

    ReplyDelete
  11. ai takleh minum la.. nti jadi tinggal tulang . hahaha

    ReplyDelete
  12. suami buat masak ikan pakai cuka epal...sedap..masam-masam rasanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. masak smlm trasa nak cuba tp tkt2 lak. hahahha

      Delete
  13. Memang banyak baca info cuka epal ni banyak khasiat tapi tak pernah cuba minum lagi. Kalau ibu mengandung boleh ke minum?

    ReplyDelete
  14. bagusnya dalam banyak pembacaan cuka ni ditambah madu..semoga berkesan dengan tubuh kita. tengah cuba juga sbb famous kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpnah lagi rs yg tanpa madu.. apa rs agaknya tu..

      Delete
  15. Wajib dapatkan ni..

    #Cikzacom

    ReplyDelete
  16. Baru tahu khasiat applee cidder ni..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...