Photoshoot Raya bersama Wan Izhar Abu Bakar

Photoshoot Raya Kelab Blogger Ben Ashaari


Alhamdulilah photoshoot raya Kelab Blogger Ben Ashaari berlangsung di Muzium Warisan Melayu UPM dengan kerjasama photographer terkenal Wan Izhar Abu Bakar berjalan lancar semalam. Tudia ayat permulaan aku bukan main skema macam baca berita dah rupanya. hahha.. Apa yang aku nak share ialah aku paling tak sangka senang rupa nya jadi model ni tapi kena berkerjasama dengan photographer yang professional la. Semalam aku antara yang awal kena shoot untuk individu dan aku dah risau boleh ke ni tapi bila shoot dengan yang pro dia pun friendly gila kita yang jadi model semua automatik okay. Hanya ikut je apa dia suruh terus rasa macam pro juga.. kah kah kah perasan! Semua kena berkumpul seawal 7 pagi dekat sana untuk makeup dan bersiap lagi. Make up tak kejap okay kalau nak hasil yang marvelous fabulous.


Photographer - Wan Izhar Abu Bakar


Gambar atas ni behind the scene dan aku tak sabar nak tengok hasil nya nanti. Bila shooting dengan yang pro ni semua pun jadi mudah. Bukan mudah nak jadi photographer lagi-lagi nak shoot ramai-ramai ni dan outdoor. Memang challenging tapi aku tengok photographer Wan Izhar ni cool je shoot sorang-sorang. Bila shoot secara berkumpulan pun dia okay dan sentiasa senyum. Aku antara yang awal siap makeup dan awal berada di lokasi so aku perhati je mereka ni bekerja. heheh.. 


Keadaan luar masa ni sebenar nya baru lepas hujan pagi tu so keadaan agak becak tapi apa semua kisah dengan heel pun redah aje. haha Aku share gambar sebalik tabir je sebab gambar official kena tunggu...

Muzium Warisan Melayu



Lokasi ni memang sangat-sangat sesuai untuk pengambaran raya. Memang macam dekat kampung betul. Lunch pun lauk super sedap kampung style. Kenangan best sangat tahun ni dapat merasa photoshoot raya kbba9.

(gambar kredit founder KBBA : Ben Ashaari)

MUA - Alina Othman



Lastly aku nak share sponsor makeup aku untuk hari tu dari Alina Othman. Aku kan jarang makeup tebal so minta biasa-biasa je dari togel terus nak photoshoot kan. hehhehe.. Masa makeup aku nampak biasa je sekali ke luar nahhh kauu.. berubah betul muka aku.. heheheh tapi aku suka sebab tak heavy sangat but nice. Ramai juga yang puji. ehhehe malu aiii.. Nak makeup untuk apa-apa event boleh contact Alina okay..

12 comments

  1. Mmg lain sgt trah. Super sweet n sopan. Terus ctrl ayu. Hikhikhik..

    ReplyDelete
  2. Memang profesional betul diorang ni..dan yang paling best kat sini bab makan berhidang tu..

    ReplyDelete
  3. Mmg lawa your makeup, berseri seri

    ReplyDelete
  4. Tak sabar jugak nak tengok hasil dari Wan Izhar.

    ReplyDelete
  5. cantik mas hari tu.. payah jugak nak cam masing2

    ReplyDelete
  6. cantik memasing hari tu.. payah jugak nak cam masing2

    ReplyDelete
  7. rupanya sebelah saya ni namanya Athirah, maaf sangat tak tahu nama masa hari photoshoot tempoh hari....

    ReplyDelete
  8. Lain betul muka Athirah..puas fikir sapalah dia nie..hahaha

    ReplyDelete
  9. gambar Behind the scene tu ..mmg best aa...... kemain

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...