Uniqlo berhantu


Oh entah macam mana aku boleh berjaga lagi masa ni.. mungkin kerana terminum nescafe maghrib tadi so rasa kan.. ternganga sorang-sorang dan akibat lain aku tershopping uniqlo online.. amboiiiiii siap terkejar2 checkout order sebab ternampak email notification "sale end soon".


Kejam sunggun news letter tersebut..



Lagi kejam bila bold merah mengatakan FREE shipping untuk belian RM150 keatas maka aku menambah lagi barang.. dari taknak bayar shipping nilai belian aku bertambah.. kau rasa??



I hate you UNIQLO!!!!!!!





Okay mari kita sedap kan hati.. actually aku dah pergi banyak uniqlo store cari barang tu tapi dah habis. Available online je. Siang tadi pun dah pergi dan shopping tapi barang lain yang laki aku beli sebab yang nak memang dah habis so kami harap fungsi nya tetap sama cuma design je lain. okay ayat aku berpusing-pusing. Maaf


Sebab aku nak sangat kot dari balik tadi browse page uniqlo je. Padahal dekat zara, mango, mothercare pun ada tapi nak gak uniqlo. Aku pun x faham dengan diri sendiri.. Tengah syok browse cuci mata ternampak email notice sale end soon maka terus gelabah pergi purchase.



Apa aku cari? Sejenis jacket kanak-kanak.. kah kah kah.. kenapa seksa sangat cari baju kau nak.. sobbsss 🤣 (sebab nak uniqlo jerr)



1 comment

  1. hahahaha...jumpa tak? memang berhantu lah kalau macam tuh.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...