Cuci dapur dengan cif


Berapa kali korang cuci dapur? Kalau aku dulu lepas je masak benda tumis mesti terus cuci sebab kalau biar lama Ya Rabbi seksa gila nak sental kang. Tapi bergantung kat laki aku sama. Kalau balik kerja macam biasa sempat la aku nak masak dan kemas cuma bila dia busy aku tak menang tangan dan agak penat. Nak kata aku OCD macam tak tapi aku sakit hati tengok dapur berkerak.. tu je..





Kali ni 100% aku guna cif cream. Memang berbeza sangat. Terus nampak macam baru weh!!


Singki terus berkilat.. table top pun nampak bersih sangat. Tapi jenuh nak sental dan lap bersih sebab cif cream ni macam kuat je. Takut kalau tak cuci bersih kang ada kesan sabun lagi kan bahaya dekat budak. Dia datang pegang sana sini.


Area dapur paling lama nak sental sebab berminyak dan berkerak. Lama aku tak cuci dapur weh. Penat sangat lately ni. Hari ni je taktau tenaga dari mana. Hahahhah siap boleh update blog terus. Hiksss..



P/S actually baru sebahagian dapur ni.. bahagian lain tu malam lain la plak. Matilamak kalau semua malam ni. Hahhhahahaha



10 comments

  1. kita guna cif yang botol warna kuning tu,selalu campur air buat mop lantai memang berkilat hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. masa beli ni ada warna putih je tapi macam sama je berkilat.. I like

      Delete
  2. Bersihnya dapur..Kak Sue guna Ciff kat bilik mandi je,nanti boleh la guna kat dapur pulak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dapur dengan toilet tempat paling penting kena sentiasa bersih.. rumah kalau 2 tmpt ni bersih terus rasa kemas semua.. hahahha

      Delete
  3. rajinnya... ss ni penyegan sikit huhu

    ReplyDelete
  4. Kita pun guna.cif warna kuning..berkilat

    ReplyDelete
  5. Aku faham perasaan ko bila dah masak nak terus lap sebab nanti tak suka kan die berkerak. Lepas sental jer terus rase..Weee! silau! dah sayang pulak nak masak utk next round. Aku pun guna CIF gak. Hehehe...

    ReplyDelete
  6. Kinah pulak guna cif kuning. Bau pun sedap bau lemon. Power pun sama macam warna putih tu.

    ReplyDelete
  7. TQ for idea.. nurin guna pengilap granit beli kat Ace Hardware. tulis kat botol dia takkan tinggalkan kesan lap la bla bla.. tapi still ada. Nanti nak try guna cif pulak!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...