OtterBox Limited Edition - Casing smartphone dengan glittering Swarvoski crystals

Rasa susah tak nak cari casing smartphone yang tahan lasak tapi cantik? Lagi-lagi kalau ada budak kecil dan banyak kerja luar. Aku prefer casing yang tahan lasak la of course sebab ada budak kecil dan kadang-kadang ada kerja luar. Tapi nak jumpa casing yang best tu susah betul la. Ada yang pada asal okay je guna tapi bila lama-lama loose dan terkeluar handphone. Aku pernah kena sebab konon nak jimat dan murah. Hasilnya handphone aku yang calar. durghhh sakit hati kot.


Actually aku tengah survey casing untuk iphone dan ipad mini aku. Casing ipad dah kali kedua beli ni, yang pertama longgar sampai terkeluar ipad. Yang baru ni tak cukup protective. Dah bercalar sikit dan masa tu rasa sakit nya hati. Ipad mini tu birthday present dari husband aku kot. huhuhuh... Sebab takde casing yang best aku simpan je ipad tu. Punya la menjaga. Yes aku agak over bab jaga barang ni kadang-kadang. Plastik screen handphone aku pernah tak buka dari beli sampai handphone tu jahanam. hahahahhaha... Laki aku je tau macam mana aku sayang barang. hahahhaha.. Cuma zaman smartphone ni kalau tak buka plastic tu macam mana nak guna kan. hahahha.. Kita pendek kan cerita sebab kalau aku tengah excited ni memang boleh jadi berjela posting aku.


OtterBox - #1 selling smartphone case in the U.S.

Jenama casing premium untuk smartphones dan juga tablets. Brand ni agak famous sebab tahan lasak dan juga design dia sesuai dengan semua gaya hidup. Dari rugged, versatile dan juga fashionable. Ada orang kan penting kan style so memang sesuai la disamping nak jaga handphone mahal korang tu. Bila sebut OtterBox orang akan cakap huyooo hahahah.. Should I explain more? no need right? 


OtterBox Symmetry Series Crystal Edition

Berbalik kepada point asal aku. Nak cari casing yang tahan lasak tapi cantik? Ni OtterBox ada edisi terbaru yang menjawab semua soalan tu. Cantik dan juga tahan lasak. Kalau casing yang tahan lasak biasanya agak bulky kan tapi edisi terbaru ni bukan setakat tahan lasak dan cantik tapi juga slim je boleh masuk poket. Smartphone sekarang kan besar-besar kalau casing pun besar susah la.



Symmetry Series Crystal Edition ni adalah case terbaru dengan glittering Swarovski® crystals untuk Apple iphone 7 dan juga iphone 7 plus. Ini Swarovski crystals tulen tau bukan tiruan so boleh beli dengan yakin untuk nampak lebih stylish dan glamourous gitu. Edisi ni juga ada certified drop protection boleh klik dekat backlink tu untuk maklumat lanjut. Ni salah satu limited edition dan dapat sekali dengan Alpha Glass screen protector.


Pilihan warna seperti gambar di atas. Black Ombre Crystal, Blue Ombre Crystal and Fractal Crystal. Harga RM419 untuk iphone 7 dan RM499 untuk iphone 7plus. Pembelian hanya boleh dibuat secara online di http://www.otterbox.asia/.



Sekarang boleh sambung survey OtterBox untuk baby-baby ni. Bye


10 comments

  1. Bestnya... ada harga promosi tak untuk ipad? Heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kena tgk page dia la tu.. follow kot ada promo

      Delete
  2. Wow cantik nya casing ni utk phone lain ada tak heheheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa series ni special for iphone 7 & 7plus je

      Delete
  3. Casing je dah mahal macam ni
    .
    Haha
    .
    ๐Ÿ˜ƒ
    .
    Kalau dah terlebih duit, ๐Ÿ˜‰
    .

    ReplyDelete
  4. srius comel... rse nk beli stu la lpas ni.. :D

    p/s : hi... sy dh follow blog comel awk ni.. hope awk sudila juga follow blog baru sy ye.. :D ty..

    Kenapa Allah Ciptakan Neraka?

    ReplyDelete
  5. Fractal Crystal tuh cun weh! aku suka kaler yang tuh. Hahahah! :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...