PAPSMEAR sakit la

Haaa over tajuk entry. Aku nak share pengalaman first time buat papsmear. Aku tak faham kenapa orang ramai cakap tak sakit langsung buat papsmear tapi aku rasa perit gila.. hahhaha.. bajet virgin. Okay la pass pasal kesakitan itu tapi kena ingat kebaikan buat pap smear lagi penting dari rasa sakit ke tidak.


Sepatutnya wanita dah berkahwin, dah melahirkan anak dan yang pernah melakukan hubungan seks kena menjalani ujian ni. Sebaiknya 2 tahun sekali dan kalau ujian pertama tu keputusan ujian negatif boleh gap sikit 3 tahun sekali.

Ujian lumuran Pap (Pap smear test) merupakan ujian yang mudah dan tidak menyebabkan sebarang kesakitan. Ujian lumuran Pap ini boleh mengesan barah pangkal rahim (kanser serviks) pada peringkat awal. Rawatan yang mudah pada peringkat ini boleh membawa penyembuhan sepenuhnya.
Ujian ini bertujuan bagi mengenalpasti keadaan luar biasa pada sel di permukaan pangkal rahim pada peringkat awal. Jika keputusannya meragukan, wanita akan dipanggil semula bagi menjalani ujian colposcopy untuk mengetahui punca sebenar masalah yang dihadapi, khususnya mengesan kehadiran sel luar biasa yang dipanggil cervical intraepilhelial neoplasia (CIN).
CIN adalah fasa sebelum sel itu bertukar menjadi sel barah berbahaya dan boleh menjangkiti sel lain. CIN tidak memberikan sebarang gejala dan hanya boleh dikesan melalui ujian lumuran pap.

by wikipedia






Asalnya aku pergi klinik sebab nak check lain dan sekali doc tu suggest buat pap smear sebab aku tak pernah buat since kahwin dan anak pun dah umur 2 tahun lebih. Teruk kan so dah alang-alang buat je la sekali. Anyway aku bersalin dulu cser so aku tak pernah experience kena seluk bukaan ke apa. Aku tak boleh nak imagine sangat sebelum ni sakit dia macam mana. HAHAHAH...


So kisah dia masa ni aku baring dan rilex je sekali nurse datang pegang aku suruh bertenang. Dah kenapa kan siap suruh bertenang. Sekali dorang start perghhh kauuu.. hahahhah tak boleh tahan.. kah kah kah.. aku taknak cerita detail yang aku tahu perit! hahahahha



Alat dia macam muncung itik, sila rujuk gambar aku google ni. dia akan ambil sample dekat pangkal rahim tu untuk buat ujian. Weh aku rasa ngeri nak taip ni.. hahah aku sorang je pelik sebab aku rasa pap smear ni menyakitkan.. adoiii





Ni baru pap smear dah cuak, kalau beranak normal macam mana la ye.. sakit cser lain sakit beranak normal lain.. hahahha.. Result pap smear ni ikut tempat kata nya, aku dapat result dalam tempoh 2 minggu macam tu. Alhamdulilah result aku okay.. next 3years pula datang buat pap smear. hahahha.. Aku harap next time lagi okay perasaan dia.. hahhaha.. cuak lebih. So siapa belum buat tu sila laaa... Semua yang dah buat kata tak sakit tapi aku sorang je rasa sakit.. so jangan terpengaruh okay! mungkin aku je pelik.. hehhe
 


3 comments

  1. alaa seramnya. I anak dah 3, pun tak pernah buat. doc suggest suh buat hari tu, pokai pulak -,-' nak buat kat tempat lain, takut doc ganas. hahaha. tempat yang doc lembut, mahal. ahhahha

    ReplyDelete
  2. nad ebrsalin normal..masa kene seluk redha jela..hahaa..tapi alhamdulillah.dipermudahkan..ok je..tapi tak buat pun benda alah ni..hahaa

    ReplyDelete
  3. alaaa tengok gambar pun dah seriauuu ๐Ÿ˜…๐Ÿ˜…

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...